Sunday, November 24, 2013
Saturday, November 9, 2013
Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2013
Pengerusi dan Penolong Setiausaha, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghadiri Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jakur Gemilang Tahun 2013 yang telah diadakan pada butiran berikut:Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Taman Pendamar Indah, Klang
Masa : 8.00 Malam
Dirasmikan oleh : Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
KRT Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Negeri Selangor dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00. Tahniah diucapkan.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Sunday, September 22, 2013
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013 pada butiran berikut:
Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Ibu bapa, calon-calon peperiksaan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir
Friday, September 13, 2013
Taman Ixora Juara Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013
Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Ixora yang mewakili Daerah Sepang dan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013 telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Keputusan ini telah dimaklumkan melalui surat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Selangor bertarikh 11 September 2013 kepada semua JPNIN Daerah yang bertanding. Johan akan menerima hadiah sebanyak RM4,000.
Keputusan penuh adalah seperti berikut.
| KRT | Juri 1 | Juri 2 | Juri 3 | Jumlah | Kedudukan |
|---|---|---|---|---|---|
| Taman Ixora, Sepang | 88 | 89 | 88 | 265 | 1 |
| Kampung Tengah Lembah, Gombak | 84 | 88 | 78 | 250 | 2 |
| Taman Desa Indah, Klang | 72 | 86 | 85 | 243 | 3 |
| Taman amudera, Gombak | 85 | 82 | 70 | 237 | 4 |
| Rawang A, Gombak | 74 | 83 | 59 | 216 | 5 |
| Menara Maju, Klang | 73 | 82 | 60 | 215 | 6 |
| Fasa 4, Taman Sri Gombak | 71 | 68 | 62 | 201 | 7 |
| Kampung Lembah Kinrara, Petaling | 70 | 74 | 49 | 193 | 8 |
| Flat Merpati B, Hulu Langat | 67 | 68 | 55 | 190 | 9 |
| Kiambang Sari, Hulu Selangor | 57 | 61 | 52 | 170 | 10 |
| Sepakat Sahabat Berlian, Gombak | 66 | 65 | 33 | 164 | 11 |
| KRT Fasa 5, Taman Sri Gombak | 58 | 54 | 39 | 151 | 12 |
| Puteri Height Country Home, Gombak | 50 | 51 | 36 | 137 | 13 |
Tuesday, September 10, 2013
Program Ibadah Qurban 1434H Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1434H pada butiran berikut:
Tarikh : 15 Oktober 2013 (Selasa) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM400.00 sahaja.
Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 3 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.
Sunday, September 8, 2013
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013 pada butiran berikut:Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Wednesday, August 28, 2013
Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013. Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan Malaysia.
Pengadilan bagi pertandingan ini akan bermula dari 1 hingga 16 September 2013. Penilaian bagi Taman Ixora akan dibuat pada 9 September 2013 (Isnin), jam 10.00 pagi. Penduduk Taman Ixora berkelapangan dijemput meraikan panel penilai berkenaan.![]() |
| Panel Penilai Telah Hadir Pada 9 Sep 2013 |
- Johan - RM4,000.00
- Naib Johan - RM3,000.00
- Tempat Ketiga - RM2,000.00
- Saguhati X 6 - RM1,000.00
Sehubungan dengan itu Jawatankuasa KRT Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Taman Ixora mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan ini kerana hanya Taman Ixora yang bertanding mewakili daerah Sepang.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Sunday, August 25, 2013
Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013
_________________________________________________________________________________
Kepada,
Semua Ahli Jawatankuasa
KRT Taman Ixora
MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA BIL. 2/2013
Kepada,
Semua Ahli Jawatankuasa
KRT Taman Ixora
MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA BIL. 2/2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
3. Agenda mesyuarat di antaranya bagi membincangkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ahli SRS & AJK yang dirancang diadakan pada 30 Ogos 2013 dan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor 2013.
4. Sehubungan dengan itu, semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir.
Sekian terima kasih.
“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”
Saya yang menurut perintah,
(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
b.p. Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora
BBST Sepang, Selangor
Wednesday, August 21, 2013
URL Baru Blog KRT Taman Ixora
HTTP://KRT.TAMANIXORA.COM
Untuk makluman bermula hari ini, laman blog KRT Taman Ixora boleh dicapai melalui alamat http://krt.tamanixora.com dan alamat e-mel untuk dihubungi adalah krt@tamanixora.com
Walaubagaimanapun alamat http://krttamanixora.blogspot.com masih boleh dicapai seperti biasa.
Saturday, July 20, 2013
Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora
Sempena Bulan Ramadhan 1423h, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora & Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk seperti berikut:Tarikh : 13 dan 20 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi hingga 3.30 Petang
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Bubur lambuk yang telah masak diedarkan kepada penduduk Taman Ixora.Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)





