Iklan

Sunday, September 22, 2013

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013 pada butiran berikut:

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Ibu bapa, calon-calon peperiksaan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir

Friday, September 13, 2013

Taman Ixora Juara Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013


Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Ixora yang mewakili Daerah Sepang dan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013 telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Keputusan ini telah dimaklumkan melalui surat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Selangor bertarikh 11 September 2013 kepada semua JPNIN Daerah yang bertanding. Johan akan menerima hadiah sebanyak RM4,000.

Keputusan penuh adalah seperti berikut.

KRT Juri 1 Juri 2 Juri 3 Jumlah Kedudukan
Taman Ixora, Sepang 88 89 88 265 1
Kampung Tengah Lembah, Gombak 84 88 78 250 2
Taman Desa Indah, Klang 72 86 85 243 3
Taman amudera, Gombak 85 82 70 237 4
Rawang A, Gombak 74 83 59 216 5
Menara Maju, Klang 73 82 60 215 6
Fasa 4, Taman Sri Gombak 71 68 62 201 7
Kampung Lembah Kinrara, Petaling 70 74 49 193 8
Flat Merpati B, Hulu Langat 67 68 55 190 9
Kiambang Sari, Hulu Selangor 57 61 52 170 10
Sepakat Sahabat Berlian, Gombak 66 65 33 164 11
KRT Fasa 5, Taman Sri Gombak 58 54 39 151 12
Puteri Height Country Home, Gombak 50 51 36 137 13

Tahniah diucapkan kepada semua AJK KRT Taman Ixora dan semua penduduk yang bertungkus lumus mengibar Jalur Gemilang di Taman Ixora.

Tuesday, September 10, 2013

Program Ibadah Qurban 1434H Taman Ixora


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1434H pada butiran berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2013 (Selasa) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM400.00 sahaja.

Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 3 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.

Sunday, September 8, 2013

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora  dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013 pada butiran berikut:

Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.