Iklan

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 1/2011

Jawatankuasa KRT Taman Ixora telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2011 pada 30 Januari 2011 (Ahad) jam 9.30 malam bertempat di Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST. Berikut adalah beberapa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa:-

1. Setiausaha memaklumkan surat permohonan untuk menubuhkan Taska Perpaduan dan Pejabat Rukun Tetangga di Taman Ixora telah dihantar kepada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang pada 30 Disember 2011.
2. Pejabat Perpaduan Daerah Sepang akan membuat permohonan kepada Pejabat Perpaduan Negeri Selangor untuk membina papan tanda di semua KRT yang baru ditubuhkan pada tahun 2010.
3. Sebanyak 41 Borang keahlian Skim Rondaan Sukarela telah berjaya dikumpulkan daripada penduduk Taman Ixora yang berminat. Pengerusi meminta Setiausaha mengemukakan permohonan untuk menubuhkan SRS di Taman Ixora dalam waktu terdekat.
4. Jawatankuasa bersetuju untuk menyumbang RM100 tunai dan RM 200 (makanan berbungkus) kepada penyelaras program Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi.
5. Jawatankuasa bersetuju meluluskan peruntukan kewangan untuk menyediakan makanan ringan semasa mesyuarat Jawatankuasa KRT sebanyak RM50.00 bagi setiap kali mesyuarat.
6. Biro Keselamatan menyarankan supaya Ahli Jawatankuasa KRT Taman Ixora mempunyai kemudahan PTT untuk perhubungan bagi kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan sekitar.

Pembentangan perancangan aktiviti tahun 2011:-

1. Majlis Pelancaran KRT Taman Ixora pada bulan April 2011.

2. Biro Agama
- Menyertai perarakan Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi pada 15 Februari 2011
- Program ceramah Maulidur Rasul Taman Ixora pada 26 Februari 2011 (kerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Ixora)

3. Biro Kebajikan dan Kesihatan
- Program Gotong-Royong Cegah Denggi dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada bulan Mac 2011

4. Biro Sukan dan Kebudayaan
- Sukaneka Taman Ixora pada bulan Mac 2011
- Pertandingan Badminton Terbuka Taman Ixora pada bulan April 2011

5. Biro Pendidikan
- Kursus Motivasi Pelajar pada bulan Mei 2011

6. Biro Ekonomi
- Jualan cenderahati KRT

7. Biro Keselamatan
- Ceramah Pendedahan Skim Rondaan Sukarela oleh Jabatan Perpaduan Daerah Sepang pada bulan Jun 2011
- Ceramah pendedahan dan penggunaan PTT oleh PDRM kepada penduduk Taman Ixora pada bulan Julai 2011

Mesyuarat berakhir jam 11.50 malam.