Iklan

Sunday, February 27, 2011

Gotong-Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Gotong-Royong Cegah Denggi pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Kawasan Taman Ixora
Dirasmikan oleh : En. Musa Bin Othman (Penolong Pegawai Perpaduan Kanan, Pejabat Perpaduan Daerah Sepang)


Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama daripada :-
1. Balai Bomba dan Penyelamat KLIA yang telah melakukan semburan longkang tersumbat di kawasan perumahan Taman Ixora.
2. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membekalkan lori tangki air.
3. Syarikat Alam Flora yang menyediakan beberapa pekerja dan lori sampah.
4. Majlis Perbandaran Sepang telah mengedarkan Abate untuk menghalang nyamuk Aedes daripada membiak.

Program ini dianjurkan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita.

Kos Penganjuran Gotong-Royong RM855.65
- Bayaran Air Tangki SYABAS RM200
- Jamuan Ringan RM300
- Plastik Sampah RM15
- Air Mineral RM90.65
- Banner RM100
- Cenderahati RM150

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, February 26, 2011

Ceramah Maulidur Rasul 1432H Anjuran KRT Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:-

Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Tajuk Ceramah : Rasulullah S.A.W Contoh Teladan ; Memartabatkan Ukhuwah dan Memperkasa Ummah
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan Bin Tengku Hussain (Pensyarah MIAT)

Ceramah yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Ceramah pada malam itu juga turut dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid daripada pelajar MIAT. Ceramah ini akan menambahkan lagi penghayatan kita terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W dan merapatkan lagi ukhuwah dikalangan penduduk Taman Ixora.

Kos Penganjuran Ceramah Maulidur Rasul RM1,230
- Bayaran Penceramah RM400
- Sewaan Khemah RM280
- Bayaran Persembahan Nasyid RM200
- Sewaan PA System RM200
- Bil Elektrik RM20
- Jamuan Ringan Penceramah RM30
- Banner RM100

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, February 15, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Penduduk Taman Ixora telah menyertai perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang pada 15 Februari 2011 (Selasa), jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Seramai sepuluh(10) kontinjen perarakan yang terdiri daripada taman-taman perumahan sekitar Zon Bandar Baru Salak Tinggi telah menyertai perarakan berkenaan. Kontinjen Taman Ixora disertai oleh seramai kira-kira 100 orang penduduk yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak di perumahan Taman Ixora.


Beberapa pertandingan turut diadakan semasa perarakan berkenaan. Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diadakan:-

1. Pertandingan Perbarisan Perarakan Terbaik - Johan : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak BBST (89%)
2. Pertandingan Sepanduk Terbaik - Johan : Taman Mawar 2 (88%)
3. Pertandingan Azan - Johan : Mohd Faizal, Taman Dahlia (91%)
4. Pertandingan Syarahan - Johan : Puteri Amirah, Taman Seroja
5. Pertandingan Mewarna - Johan : Puteri Azima

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program seumpama ini untuk menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tema Himpunan Dirimu Kekasih Allah amat bertepatan kerana telah berjaya mengumpulkan penduduk di sekitar taman perumahan Bandar Baru Salak Tinggi.

Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk. PPTI turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk Taman Ixora yang telah mengambil bahagian. Semoga penyertaan kita ini mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah S.W.T dan memupuk semangat cintakan Rasulullah S.A.W di dalam diri setiap penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.