Iklan

Saturday, February 14, 2009

Taklimat Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Satu taklimat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh : 14 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Sultan Hisamudin, BB Salak Tinggi

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Sepang (En. Musa Bin Othman). Seramai 43 orang penduduk telah hadir mendengar taklimat berkenaan. Semua penduduk yang hadir telah bersetuju untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Buat permulaan diperingkat penajaan, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) akan diserapkan sebagai Jawatankuasa Penaja Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora semasa mengemukakan permohonan. Pegawai berkenaan menjelaskan ini adalah untuk memudahkan proses kelulusan. Dalam tempoh sebulan selepas permohonan diluluskan Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat khas untuk membuat pelantikan Jawatankuasa Tetap Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat setiap dua(2) bulan sekali dan dihadiri oleh 1/3 daripada Ahli Jawatankuasa. Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh diwujudkan selepas Kawasan Rukun Tetangga telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pegawai berkenaan memaklumkan proses permohonan akan mengambil masa selama enam(6) bulan untuk diluluskan.

Kawasan Rukun Tetangga akan diberikan geran peruntukan sebanyak RM4,800 setahun untuk urusan pentadbiran dan menjalankan aktiviti. Peruntukan tambahan boleh dimohon dengan mengemukakan kertas kerja aktiviti yang akan dilaksanakan. Diantara jenis aktiviti yang boleh dijalankan adalah melalui Biro Sosial, Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Kesihatan, Agama, Pendidikan dan Keselamatan.

Sesi taklimat berakhir jam 11.00 malam.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.