Iklan

Wednesday, August 28, 2013

Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013. Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan
rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan Malaysia.

Pengadilan bagi pertandingan ini akan bermula dari 1 hingga 16 September 2013. Penilaian bagi Taman Ixora akan dibuat pada 9 September 2013 (Isnin), jam 10.00 pagi. Penduduk Taman Ixora berkelapangan dijemput meraikan panel penilai berkenaan.

Panel Penilai Telah Hadir Pada 9 Sep 2013
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang pertandingan seperti berikut:
- Johan - RM4,000.00
- Naib Johan - RM3,000.00
- Tempat Ketiga - RM2,000.00
- Saguhati X 6 - RM1,000.00



Sehubungan dengan itu Jawatankuasa KRT Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Taman Ixora mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan ini kerana hanya Taman Ixora yang bertanding mewakili daerah Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, August 25, 2013

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013

_________________________________________________________________________________

Kepada,
Semua Ahli Jawatankuasa
KRT Taman Ixora


MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA BIL. 2/2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa  : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

3. Agenda mesyuarat di antaranya bagi membincangkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ahli SRS & AJK yang dirancang diadakan pada 30 Ogos 2013 dan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor 2013.

4. Sehubungan dengan itu, semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir.

Sekian terima kasih.

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

Saya yang menurut perintah,

(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
b.p. Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora 
BBST Sepang, Selangor

Wednesday, August 21, 2013

URL Baru Blog KRT Taman Ixora

HTTP://KRT.TAMANIXORA.COM

Untuk makluman bermula hari ini, laman blog KRT Taman Ixora boleh dicapai melalui alamat http://krt.tamanixora.com dan alamat e-mel untuk dihubungi adalah krt@tamanixora.com

Walaubagaimanapun alamat http://krttamanixora.blogspot.com masih boleh dicapai seperti biasa.