Iklan

Sunday, August 25, 2013

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013

_________________________________________________________________________________

Kepada,
Semua Ahli Jawatankuasa
KRT Taman Ixora


MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA BIL. 2/2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa  : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

3. Agenda mesyuarat di antaranya bagi membincangkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ahli SRS & AJK yang dirancang diadakan pada 30 Ogos 2013 dan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor 2013.

4. Sehubungan dengan itu, semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir.

Sekian terima kasih.

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

Saya yang menurut perintah,

(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
b.p. Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora 
BBST Sepang, Selangor

No comments:

Post a Comment