Iklan

Tuesday, January 29, 2013

Progam Maulidur Rasul Taman Ixora 1434h


KRT Taman Ixora  dengan kerjasama  Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan menganjurkan pogram sambutan maulidur rasul 1434H pada butiran berikut:

Tarikh : 3 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 10.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Tentatif program adalah seperti berikut:
8.00 pagi - Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak (Kategori 4-5 tahun dan 6-7 tahun)
10.00 pagi - Pertandingan azan (Kategori sekolah rendah 7-12 tahun dan sekolah menengah 13-17 tahun)
11.00 pagi - Pertandingan memasak makanan sihat (Terbuka kepada kaum ibu)
5.00 petang - Pertandingan sepak raga bulatan (Kategori remaja 17 tahun kebawah dan dewasa 18 tahun ke atas)
8.00 malam - Forum Perdana Maulidur Rasul (Rasulullah S.A.W. sebagai suami dan bapa mithali)
- Ahli Panel 1 - Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali (Penceramah bebas)
- Ahli Panel 2 - Dr. Fauziah Mohd Noor (Pensyarah UIA)
- Moderator - Ustaz Zulrushdi

Semua penduduk Taman Ixora dijemput mengimarahkan program yang akan dianjurkan.

Sunday, January 6, 2013

Perjumpaan Ahli SRS KRT Taman Ixora

Semua Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS)
KRT Taman Ixora

Tuan,

PERJUMPAAN AHLI SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa, satu perjumpaan Pengerusi KRT bersama-sama semua ahli SRS KRT Taman Ixora akan diadakan seperti berikut:

Tarikh          :  9 Januari 2013 (Rabu)
Masa            :  9.30 malam
Tempat         :  Surau Balai Islam Taman Ixora

3.            Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan serta mendapatkan pandangan daripada semua ahli berkenaan perjalanan dan halatuju SRS KRT Taman Ixora bagi tahun 2013.

4.            Sehubungan dengan itu, pihak tuan dijemput hadir ke sesi perjumpaan tersebut.

Perhatian dan kehadiran tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

Saya yang menurut perintah,


(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora
BBST Sepang, Selangor
'019-2233706   + kamilz@kamilz.com    Twitter @KRT_Ixora


Thursday, January 3, 2013

Gotong-Royong Cegah Denggi, Senamrobik dan Ceramah COMBI Kejiranan Taman Ixora



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan program Gotong- Royong, Senamrobik dan Ceramah COMBI pada butiran berikut:

Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad)
Masa : 7.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora

Tentatif aturcara adalah seperti berikut:
- 7.30 Pagi - Senamrobik
- 8.30 Pagi - Gotong- Royong di sekitar kawasan rumah dan surau
- 9.30 Pagi - Jamuan Ringan
- 10.00 Pagi - Ceramah COMBI oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
- 11.00 Pagi - Bersurai

Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.