Iklan

Monday, September 24, 2012

Ibadah Qurban 1433H Taman Ixora



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama  Persatuan Penduduk Taman Ixora  dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan majlis ibadah qurban pada butiran berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2012 (Sabtu) Hari Raya Kedua
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah qurban pada tahun ini bolehlah menghubungi Hasiady (019-2828422) atau Kamil (019-2233706). Harga bagi satu bahagian adalah RM400 sahaja. Penyertaan adalah terhad kepada 3 ekor lembu sahaja. PENUH !!

Saturday, September 15, 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2012


KRT Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012/ 28 Syawal 1433H (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Pemberian duit raya
Tentatif aturcara adalah seperti berikut:

  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri
  • Pemberian Duit Raya Kepada Anak-anak Taman Ixora
  • Bersurai


Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.InsyaAllah majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.

 



Penerimaan Sijil Kemenangan di Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya JPNIN Selangor


KRT Taman Ixora yang telah memenangi Kempen Kibar Jalur Gemilang tercantik Daerah Sepang 2012 yang lalu telah menerima sijil kemenangan daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor pada Majlis Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya 2012 pada 15 September 2012.

Majlis yang diadakan di KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana itu telah dihadiri oleh Setiausaha KRT Taman Ixora, Encik Ahmad Kamil Zailani. KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana merupakan johan peringkat negeri Selangor.

Gotong-Royong Menyembelih Lembu Bagi Jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora


Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong menyembelih, melapah, menyiang dan memasak seekor lembu bagi jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah, berkat semangat kerjasama dan gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk, kerja yang berat telah menjadi ringan. Menu bagi jamuan tengahari adalah sup daging bercampur tulang yang membangkitkan selera penduduk yang telah bekerjasama daripada pagi lagi. InsyaAllah, semangat kerjasama ini akan menjadi amalan penduduk Taman Ixora pada masa akan datang.


Saturday, September 8, 2012

Barbeque Sempena KRT Ixora Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor



Satu program barbeque bagi meraikan kejayaan KRT Taman Ixora sebagai Johan Peringkat Daerah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Negeri Selangor Bagi Tahun 2012 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Program ini diadakan bagi menghargai AJK dan penduduk terutamanya Jiran Muda yang telah bertungkus lumus memasang bendera dan menceriakan kawasan persekitaran Surau Balai Islam Taman Ixora bagi menyertai pertandingan berkenaan. Berkat kerjasama dan komitmen AJK serta penduduk, Alhamdulillah KRT Taman Ixora telah menjadi johan peringkat Daerah Sepang. InsyaAllah pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dan KRT Taman Ixora akan pasti berjaya mendapat tempat yang lebih baik.


Program berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang (En. Musa, Puan Siti Hawa dan En. Herzie). Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir ke majlis kami.



Wednesday, September 5, 2012

KRT Ixora Johan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sepang, Ke-4 Negeri Selangor

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan  Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sepang yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Negeri Selangor.

Sehubungan itu, KRT Ixora layak bertanding diperingkat Negeri Selangor dengan dicabar 8 KRT lain di seluruh Selangor.
Antara Penduduk Yang Bergotong-royong

Penduduk Taman Ixora dari setiap lapisan masyarakat telah bertungkus lumus bergotong-royong untuk menceriakan sekitar taman dengan Jalur Gemilang.

AJK Bersama Juri
Isnin 4 September 2012, Juri daripada JPNIN Selangor telah hadir ke Taman Ixora bagi membuat saringan awal sebelum 3 daerah daripada 9 daerah dipilih untuk dinilai oleh Juri Profesional.

Hasil daripada saringan ini, KRT Taman Ixora menduduki tangga ke-4.

Tahniah warga Ixora!!!

Tuesday, September 4, 2012

Majlis Solat Hajat Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora  dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 6 September 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis ini diadakan bagi persediaan rohani pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam waktu terdekat ini. Semoga dengan berkat dan doa yang dipohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala akan dipermudahkan oleh Allah bagi pelajar-pelajar ini menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang.

Semua pelajar yang menduduki peperiksaan khususnya dan penduduk Taman Ixora umumya dijemput untuk mengimarahkan majlis yang akan diadakan.

Pada majlis berkenaan juga satu ceramah motivasi mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan akan diberikan kepada pelajar oleh penceramah jemputan.

Pertandingan Esei, Puisi dan Fotografi Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2012

Dimaklumkan bahawa JPNIN Negeri Selangor sedang menjalankan pertandingan Esei Perpaduan, Puisi dan Fotografi Perpaduan bermula pada 1 Ogos 2012 - 17 September 2012. Penglibatan dari Jiran Muda dan Tunas Jiran KRT adalah diharapkan bagi mengasah bakat mereka disamping menaikkan semangat cintakan perpaduan dan tanah air. 

Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 14 September 2012.

Syarat-syarat Penyertaan KLIK DI SINI
Borang Penyertaan KLIK DI SINI