Iklan

Saturday, November 19, 2011

Menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang yang telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 November 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna, Kuarters KLIA
Anjuran : KRT Taman Dahlia dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Sepang

Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan. Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh (10) orang pemain. Bayaran penyertaan adalah RM100 bagi setiap pasukan.

Pasukan KRT Taman Ixora telah diwakili oleh:
- Rohaya Bt Abu Hassan
- Roziah Bt Sahni
- Mas Azura

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan KRT
- Naib Johan KRT
- Ketiga

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, October 31, 2011

Taklimat Pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diluluskan tiga (3) Skim Rondaan Sukarela iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Taklimat mengenai pelaksanaan skim berkenaan telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST
Penceramah : En. Musa Bin Othman (Pembantu Pembangunan Masyarakat Daerah Sepang)

Sila klik di sini untuk melihat senarai nama ahli Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Ixora bagi setiap zon. Borang permohonan ahli SRS turut diedarkan semasa taklimat berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, October 30, 2011

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011 pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya

Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada 12 pasukan menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang peserta. Setiap pasukan bermain 2 game. Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh pemain.

Berikut adalah keputusan pertandingan:
Johan (Piala pusingan, medal dan hamper)
- Pasukan 9 (Mohd Hasiady, Nor Hafisah, Mohd Subhi dan Meor Mohamad Nizam) - 999 skor

Naib Johan (medal dan hamper)
- Pasukan 11 (Barkath Ali, Noruhaiza, Noraznol Adly dan Azlin) - 918 skor

Tempat Ketiga (medal dan hamper)
- Pasukan 5 (Zulkefli, Roziah, Nashrul dan Amirrul) - 899 skor

Tempat Keempat (medal dan hamper)
- Pasukan 7 (Muhamad Faisal, Noraziani, Norazam dan Norhisham) - 883 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki (medal)
- Mohd Subhi Bin Sudin (Jln /10) - 309 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Wanita (medal)
- Roziah Bt Sahni (Jln 1/13) - 245 skor

Bayaran penyertaan yang dikenakan adalah RM15 bagi setiap peserta dan diskaun yuran penyertaan diberikan kepada ahli PPTI yang aktif dan membayar yuran keahlian. InsyaAllah pertandingan ini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, October 23, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton Kuarters KLIA


Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Dewasa dan Kategori Remaja. Kategori Dewasa disertai oleh 20 regu dan Kategori Remaja disertai oleh 6 regu.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Dewasa :
- Johan (Nizam/ Sabri) - Piala pusingan, medal dan hamper
- Naib Johan (Khalish/ Syahril) - Medal dan hamper
- Tempat Ketiga (Azri/ Shahrizan) - Medal dan hamper
- Keempat (Sameri/ Salleh) - Medal

Kategori Remaja:
- Johan (Arif/ Lokman) - Hamper
- Naib Johan (Ashraf/ Azwan) - Hamper

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan dikalangan penduduk Taman Ixora akan berterusan pada masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan Urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan pertandingan ini. InsyaAllah pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, October 12, 2011

Notis Kelulusan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Sukacita dimaklumkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diluluskan penubuhan Skim Rondaan Sukarela Zon A, Zon B dan Zon C oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Notis Kelulusan Skim Rondaan Sukarela telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional selaku Ketua Pengarah Rukun Tetangga sejajar dengan peruntukan Peraturan 27B, Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 adalah berkuatkuasa pada 8 September 2011.

Salinan Notis Kelulusan Skim Rondaan adalah seperti di lampiran:
- SRS KRT Taman Ixora Zon A
- SRS KRT Taman Ixora Zon B
SRS KRT Taman Ixora Zon C

Sunday, September 25, 2011

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada tahun ini telah diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh : 25 September 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora

Aturcara majlis:
- Bacaan doa
- Ucapan aluan KRT Taman Ixora dan Pengerusi PPTI
- Ucapan perasmian Ahli Majlis Zon BBST Selatan (En. Titus Gladwyn A/L SG Gomez)
- Jamuan makan
- Cabutan bertuah
- Sumbangan duit raya kepada anak-anak Taman Ixora (bawah 12 tahun)

Diantara menu jamuan yang akan disediakan:
- Barbeque ayam, Nasi tomato, Lemang, Nasi impit, Rendang daging, Nasi lemak
- Kerang rebus, Mee goreng, Roti jala, Char kuey tiaw, Otak-otak, Nuget dan kentang goreng
- Puding, Bihun goreng dan kuih-muih
- Buah-buahan, Bubur kacang, Kerang rebus, Dadih, Air batu campur (ABC), Aiskrim
- Cendol balang, Teh tarik, Sirap dan Oren
- Air mineral

Alhamdulillah majlis yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga ikatan ukhuwah di kalangan penduduk Taman Ixora akan bertambah kukuh dan memberi peluang kepada penduduk untuk bermaaf-maafan dan beramah mesra di antara satu sama lain.
 
KRT Taman Ixora mengucapkan tahniah dan terima kepada semua Ahli Jawatankuasa KRT Taman Ixora yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada pihak yang memberikan seumbangan seperti berikut:-
- Pemaju Getrahome Sdn. Bhd. menyumbang tunai RM2,000
- Ahli Parlimen Daerah Sepang menyumbang tunai RM2,000
- Ahli Majlis menyumbang khemah, peralatan dan makanan RM1,000

Jumlah perbelanjaan adalah RM 7,000 seperti berikut:
- Barbeque ayam - RM900
- Nasi tomato - RM1,000
- Roti jala dan kuah - RM300
- Buah-buahan - RM300
- Sumbangan duit raya anak-anak Ixora RM1,000
- Air mineral - RM200
- Teh tarik, oren dan sirap - RM300
- ABC - RM500
- Char Kuew Tiau - RM500
- Hamper cabutan bertuah - RM300
- Otak-otak - RM500
- Nuget/ kentang goreng - RM300
- Rendang dan nasi impit - RM300
- Lemang - RM300
- Peralatan pingggan, magkuk - RM200
- Lain-lain RM100

InsyaAllah majlis ini akan dianjurkan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, August 20, 2011

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan dan Aidilfitri oleh Ahli Parlimen Sepang


Ahli Parlimen Sepang telah menyampaikan sumbangan Ramadhan dan Aidilfitri kepada semua Kawasan Rukun Tetangga Daerah Sepang pada butiran berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2011 (Sabtu)
Tempat : Pusat Khidmat Rakyat, Kosmopleks
Masa : 3.00 Petang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Sumbangan adalah cek berjumlah RM2,000.00 yang perlu digunakan untuk sumbangan Ramadhan menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih diucapkan kepada Y.B. Ahli Parlimen Sepang.

Saturday, August 13, 2011

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 13 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat : Tadika Cendekiawan Educare, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora

Kerja-kerja memasak bubur lambuk Taman Ixora bermula seawal pada jam 6.30 pagi dengan membeli barangan keperluan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Penduduk telah bergotong-royong memotong daging, mengupas bawang dan ramuan lain, memasak, mengacau, membungkus dan mengedarkan bubur lambuk.

Sebanyak lima (5) periuk bubur lambuk telah dimasak. Bubur lambuk yang siap dimasak diedarkan kepada semua penduduk Taman Ixora. Satu (1) periuk bubur lambuk yang siap dibungkus telah diedarkan kepada pekerja kontrak (kongsi) Getrahome.
 
Sebanyak 80 bungkus bubur lambuk juga telah diedarkan kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Kota Warisan. Semoga sumbangan ikhlas ini mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Taman Ixora yang turut serta bergotong-royong memasak bubur lambuk. Semoga kudrat yang tuan-tuan berikan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

Pihak pemaju perumahan Taman Ixora (Getrahome) telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,750.00 untuk membiayai kos memasak bubur lambuk. Tadika Cendikiawan Educare turut menyumbang sebanyak RM200.00 untuk program ini. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Tadika Cendekiawan Educare kerana telah memberikan kebenaran menggunakan kemudahan tempat, elektrik dan air.

Kos sebenar memasak bubur lambuk berkenaan adalah RM1,462.40 seperti berikut :-
- Banner - RM100.00
- Daging - RM425.00
- Barangan basah - RM45.00
- Barangan kering - RM391.85
- Santan - RM 140.00
- Perkakasan - RM123.05
- Gas memasak - RM 107.50
- Sewa periuk - RM100.00
- Bil telefon - RM30.00

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, June 26, 2011

Karnival Perpaduan Daerah Sepang 2011

Pada 25 Jun 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora diwakili oleh Timbalan Pengerusi dan Setiausaha telah menghadiri majlis perasmian Karnival Perpaduan Daerah Sepang 2011 yang telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Padang Jalan 8, Taman Putra Perdana, Puchong
Dirasmikan Oleh : YB Dato' Hj. Marsum Bin Paing (ADUN Dengkil)

Diantara aktviti yang diadakan adalah:
- Peraduan mewarna, karaoke, menggubah dan memasak
- Kayuhan perpaduaan (basikal)
- Demonstrasi ragut dan SKD K9 oleh PDRN
- Persembahan dikir barat
- Rondaan unit berkuda PDRM
- Demonstrasi seni silat cekak KRT Taman Mas
- Persembahan Live Band PDRM Kuala Lumpur dan artis jemputan (Salwa, Ibnor Riza, Azizul Khamis, Mydin dan Pak Ya Zindegi)

Karnival perpaduan ini diadakan pada 25 dan 26 Jun 2011. Semua dijemput hadir.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, June 19, 2011

Menyertai Pertandingan Boling KRT Daerah Sepang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Boling KRT Daerah Sepang yang telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : ARL Bowl, Alamanda Putrajaya
Anjuran : KRT Taman Desa Jenderam Hilir dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Sepang

Seramai 21 pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan. Setiap pasukan diwakili oleh empat orang pemain. Setiap pasukan akan bermain tiga permainan(game). Bayaran penyertaan adalah RM100 bagi setiap pasukan.

Pasukan KRT Taman Ixora telah diwakili oleh:
- Zulkefli Bin Hashim
- Rohaya Bt Abu Hasan
- Noraznol Adly Bin Ngadirun
- Roziah Bt Sahni

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan KRT Zon H, Putra Perdana.
- Naib Johan KRT Taman Seri Bayu Sungai Pelek
- Ketiga JKKP Jenderam Hilir B

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, May 12, 2011

Mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga Daerah Sepang

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang telah mengadakan mesyuarat bersama semua Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Sepang pada butiran berikut:

Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sepang


Diantara agenda yang dibincangkan adalah:
- Ucapan aluan Pegawai Perpaduan Daerah Sepang
- Taklimat Insuran Kemalangan Kelompok AJK Rukun Tetangga oleh Syarikat Takaful Malaysia

- Pembentangan Pentadbiran Rukun Tetangga
a) Pengurusan Rukun Tetangga
b) Sistem e-Rukun Tetangga
c) Pembentukan J/Kuasa Penyelaras Zon

- Pembentangan Aktiviti-aktiviti Peringkat Daerah
a) Kursus Pemantapan Rukun Tetangga
b) Karnival Perpaduan
c) Majlis Sambutan Perayaan 1 Malaysia

- Hal-hal Lain

KRT Taman Ixora telah diwakili oleh Setiausaha kerana Pengerusi mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat berakhir jam 1.30 petang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, March 27, 2011

Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dilancarkan secara rasminya semasa Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Dirasmikan oleh : Puan Sheela Suresh Kee See Leng (Pegawai Perpaduan Daerah Sepang)

Objektif pelancaran: 
- Melancarkan secara rasminya Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora
- Menghebahkan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora
- Menjadikan ia sebagai satu saluran untuk mengeratkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat dan penduduk Taman Ixora

Tentatif program:
8.00 Pagi - Ketibaan Penduduk
8.30 Pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 Pagi
- Ucapan Aluan Oleh Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said (Pengerusi KRT Taman Ixora)
- Ucapan Perasmian oleh Puan Sheela Suresh (Pegawai Perpaduan Daerah Sepang
- Pelancaran KRT dan Penyampaian Watikah Pelantikan AJK KRT Taman Ixora
- Penyampaian Cenderahati
10.00 Pagi
- Jamuan Ringan
- Bersurai

Kos penganjuran majlis RM861:
- Banner RM100
- Sewaan Khemah RM280
- Cenderahati RM30
- Jamuan Ringan RM200
- Air Minuman RM51
- Sumbangan Sukaneka RM200

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sukaneka Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Sukaneka Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora

Berikut adalah acara sukaneka yang telah dipertandingkan
- Kerusi Berirama:
- Jalan Gorilla
- Mencari Harta Karun
- Baling Gelung Rotan
- Isi Air Dalam Botol Menggunakan Span
- Baling Belon Berair
- Sepak Raga Bulatan
- Perlumbaan Basikal Terlambat
- Tarik Tali

Beberapa hadiah cabutan bertuah turut diadakan semasa sukaneka diadakan. Hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah basikal. Cabutan bertuah berkenaan telah dimenangi oleh En. Mohd Hasiady Bin Yasin. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Program sukaneka yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. InsyaAllah program ini akan dianjurkan sebagai acara tahunan persatuan. Pihak urus setia pertandingan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pertandingan dan memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang penganjuran program.

Kos penganjuran sukaneka adalah RM1,275:
- Hadiah dan cabutan bertuah RM 720
- Basikal untuk cabutan bertuah RM 175
- Peralatan RM380

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, March 22, 2011

Geran Peruntukan KRT Taman Ixora Tahun 2011

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menerima peruntukan geran KRT tahun 2011 pada 22 Mac 2011 berjumlah RM4,800. InsyaAllah, peruntukan ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk membiayai segala aktiviti KRT Taman Ixora yang telah dirancang pada tahun 2011.

Sunday, February 27, 2011

Gotong-Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Gotong-Royong Cegah Denggi pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Kawasan Taman Ixora
Dirasmikan oleh : En. Musa Bin Othman (Penolong Pegawai Perpaduan Kanan, Pejabat Perpaduan Daerah Sepang)


Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama daripada :-
1. Balai Bomba dan Penyelamat KLIA yang telah melakukan semburan longkang tersumbat di kawasan perumahan Taman Ixora.
2. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membekalkan lori tangki air.
3. Syarikat Alam Flora yang menyediakan beberapa pekerja dan lori sampah.
4. Majlis Perbandaran Sepang telah mengedarkan Abate untuk menghalang nyamuk Aedes daripada membiak.

Program ini dianjurkan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita.

Kos Penganjuran Gotong-Royong RM855.65
- Bayaran Air Tangki SYABAS RM200
- Jamuan Ringan RM300
- Plastik Sampah RM15
- Air Mineral RM90.65
- Banner RM100
- Cenderahati RM150

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, February 26, 2011

Ceramah Maulidur Rasul 1432H Anjuran KRT Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:-

Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Tajuk Ceramah : Rasulullah S.A.W Contoh Teladan ; Memartabatkan Ukhuwah dan Memperkasa Ummah
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan Bin Tengku Hussain (Pensyarah MIAT)

Ceramah yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Ceramah pada malam itu juga turut dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid daripada pelajar MIAT. Ceramah ini akan menambahkan lagi penghayatan kita terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W dan merapatkan lagi ukhuwah dikalangan penduduk Taman Ixora.

Kos Penganjuran Ceramah Maulidur Rasul RM1,230
- Bayaran Penceramah RM400
- Sewaan Khemah RM280
- Bayaran Persembahan Nasyid RM200
- Sewaan PA System RM200
- Bil Elektrik RM20
- Jamuan Ringan Penceramah RM30
- Banner RM100

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, February 15, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Penduduk Taman Ixora telah menyertai perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang pada 15 Februari 2011 (Selasa), jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Seramai sepuluh(10) kontinjen perarakan yang terdiri daripada taman-taman perumahan sekitar Zon Bandar Baru Salak Tinggi telah menyertai perarakan berkenaan. Kontinjen Taman Ixora disertai oleh seramai kira-kira 100 orang penduduk yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak di perumahan Taman Ixora.


Beberapa pertandingan turut diadakan semasa perarakan berkenaan. Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diadakan:-

1. Pertandingan Perbarisan Perarakan Terbaik - Johan : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak BBST (89%)
2. Pertandingan Sepanduk Terbaik - Johan : Taman Mawar 2 (88%)
3. Pertandingan Azan - Johan : Mohd Faizal, Taman Dahlia (91%)
4. Pertandingan Syarahan - Johan : Puteri Amirah, Taman Seroja
5. Pertandingan Mewarna - Johan : Puteri Azima

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program seumpama ini untuk menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tema Himpunan Dirimu Kekasih Allah amat bertepatan kerana telah berjaya mengumpulkan penduduk di sekitar taman perumahan Bandar Baru Salak Tinggi.

Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk. PPTI turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk Taman Ixora yang telah mengambil bahagian. Semoga penyertaan kita ini mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah S.W.T dan memupuk semangat cintakan Rasulullah S.A.W di dalam diri setiap penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 1/2011

Jawatankuasa KRT Taman Ixora telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2011 pada 30 Januari 2011 (Ahad) jam 9.30 malam bertempat di Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST. Berikut adalah beberapa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa:-

1. Setiausaha memaklumkan surat permohonan untuk menubuhkan Taska Perpaduan dan Pejabat Rukun Tetangga di Taman Ixora telah dihantar kepada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang pada 30 Disember 2011.
2. Pejabat Perpaduan Daerah Sepang akan membuat permohonan kepada Pejabat Perpaduan Negeri Selangor untuk membina papan tanda di semua KRT yang baru ditubuhkan pada tahun 2010.
3. Sebanyak 41 Borang keahlian Skim Rondaan Sukarela telah berjaya dikumpulkan daripada penduduk Taman Ixora yang berminat. Pengerusi meminta Setiausaha mengemukakan permohonan untuk menubuhkan SRS di Taman Ixora dalam waktu terdekat.
4. Jawatankuasa bersetuju untuk menyumbang RM100 tunai dan RM 200 (makanan berbungkus) kepada penyelaras program Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi.
5. Jawatankuasa bersetuju meluluskan peruntukan kewangan untuk menyediakan makanan ringan semasa mesyuarat Jawatankuasa KRT sebanyak RM50.00 bagi setiap kali mesyuarat.
6. Biro Keselamatan menyarankan supaya Ahli Jawatankuasa KRT Taman Ixora mempunyai kemudahan PTT untuk perhubungan bagi kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan sekitar.

Pembentangan perancangan aktiviti tahun 2011:-

1. Majlis Pelancaran KRT Taman Ixora pada bulan April 2011.

2. Biro Agama
- Menyertai perarakan Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi pada 15 Februari 2011
- Program ceramah Maulidur Rasul Taman Ixora pada 26 Februari 2011 (kerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Ixora)

3. Biro Kebajikan dan Kesihatan
- Program Gotong-Royong Cegah Denggi dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada bulan Mac 2011

4. Biro Sukan dan Kebudayaan
- Sukaneka Taman Ixora pada bulan Mac 2011
- Pertandingan Badminton Terbuka Taman Ixora pada bulan April 2011

5. Biro Pendidikan
- Kursus Motivasi Pelajar pada bulan Mei 2011

6. Biro Ekonomi
- Jualan cenderahati KRT

7. Biro Keselamatan
- Ceramah Pendedahan Skim Rondaan Sukarela oleh Jabatan Perpaduan Daerah Sepang pada bulan Jun 2011
- Ceramah pendedahan dan penggunaan PTT oleh PDRM kepada penduduk Taman Ixora pada bulan Julai 2011

Mesyuarat berakhir jam 11.50 malam.