Iklan

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri Daripada KRT Taman Ixora


Pengurusan dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan tulus ikhlas mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri 1433H/ 2012M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Ixora.


Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Perbanyakkanlah takbir & tahmid pada malam dan pagi aidilfitri. Zakat fitrah janganlah dilupa, semoga segala amalan pada Ramadhan kali ini diterima oleh Allah dan dipertemukan di Ramadhan tahun hadapan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, biar lambat asalkan selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir KRT Taman Ixora ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang dari melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. InsyaAllah majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Ixora & Surau Balai Islam Taman Ixora pada tahun ini akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012/ 28 Syawal 1433H (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Friday, August 10, 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2012



Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, kedatangan bulan Ramadhan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mengadakan kempen jalur gemilang. Oleh yang demikian, satu pertandingan KRT tercantik bertemakan semangat patriotik dan kibaran Jalur Gemilang akan diadakan diperingkat daerah dan negeri. Sehubungan dengan itu, KRT Taman Ixora akan menyertai pertandingan ini bagi mengukuhkan semangat patriotisme, meningkatkan kecintaan kepada Jalur Gemilang, memelihara kesejahteraan, kecantikan serta keindahan lanskap di dalam KRT Taman Ixora.

Jiran Muda KRT Taman Ixora Sedang
Menyiapkan Jalur Gemilang
KRT yang mendapat johan di dalam pertandingan ini di peringkat daerah akan ke peringkat negeri. Manakala johan KRT di peringkat negeri pula akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan sesi rakaman Majalah Laman Impiana, terbitan Karangkraf.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
1. Melibatkan semua peringkat umur, jantina, kaum, rumah persendirian dan kumpulan;
2. Hiasan perlu melibatkan semua rumah persendirian yang berada di dalam Kawasan Rukun Tetangga;
3. Mempunyai ciri-ciri Malaysia dan wajib mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis di dalam Kawasan Rukun Tetangga;
4. Menggunakan bahan kitar semula sebagai agen hiasan;
5. Mempunyai aspek kreativiti menghias premis dengan Jalur Gemilang;
6. Mempunyai aspek hiasan premis menggunakan cahaya pada waktu malam;
7. Mengutamakan aspek keselamatan dalam hiasan premis;
8. Penyelenggaraan kawasan dan landskap yang berterusan serta mengutamakan kebersihan;
9. Reka bentuk dan kesesuaian landskap yang bercirikan semangat patriotisme.

Berikut adalah jadual pertandingan:

Fasa 1 (Peringkat daerah)
11 Jun hingga 12 Ogos 2012 (2 bulan)
- KRT-menghias kawasan, lorong dan rumah masing-masing
- Pemilihan juri oleh JPNIN daerah

13 Ogos hingga 17 Ogos 2012 (5 hari)
- Penilaian oleh juri dan pemberitahuan pemenang
- Pemberian hadiah pemenang ke akaun KRT masing-masing

Fasa 2 (Peringkat negeri)
Saringan awal
21 Ogos hingga 1 September 2012 (2 minggu)
- Persiapan KRT-KRT yang mewakili daerah menghias kawasan
2 September 2012
- Penilaian di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang
3 September 2012
- Penilaian di daerah Gombak, Hulu Selangor, Petaling
4 September 2012
- Penilaian di daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat

Saringan ke-2
5 hingga 6 September 2012
- Penilaian oleh juri profesional bagi 3 daerah terbaik
- Pengumuman pemenang

Fasa 3 (Majlis penyampaian hadiah dan Majlis Sambutan Hari Raya)
6 hingga 14 September 2012
- Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya dan rakaman majalah

15 September 2012
- Penyampaian hadiah pertandingan di KRT yang menjadi johan peringkat negeri
- Gotong-royong (rendang, ketupat, lemang, kuah kacang, masak lodeh) bagi Sambutan Hari Raya di KRT yang menjadi johan peringkat negeri
- Rakaman kamera oleh krew majalah Laman Impiana, Karangkraf

Jawatankuasa KRT Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora memberikan  kerjasama dengan memasang jalur gemilang di premis masing-masing. Penyertaan adalah penting untuk menunjukkan semangat patriotisme kita kepada negara Malaysia yang tercinta.

Monday, August 6, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama  Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim daripada Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Kota Warisan pada butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 50 orang anak yatim telah hadir ke majlis berkenaan. Pada majlis berkenaan juga sumbangan duit raya telah diberikan kepada semua anak yatim dan sumbangan tunai RM500 kepada pengetua rumah anak yatim berkenaan. InsyaAllah program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan penglibatan lebih ramai lagi penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, August 1, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim serta Majlis Khatam Al-Quran


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama  Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim daripada Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Kota Warisan dan majlis khatam al-Quran pada butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Masa : 6.00 petang hingga 10.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Tentatif program adalah seperti berikut:
  • 6.00 petang
    • Majlis khatam al-Quran
    • Penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus al-Quran
  •  7.20 malam
    •  Berbuka puasa dengan kurma dan bubur lambuk
  • 7.30 malam
    • Solat Maghrib berjemaah
  • 7.45 malam
    • Jamuan makan
    •  Penyampaian duit raya dan sumbangan kepada rumah anak yatim 
  • 8.45 malam
    • Solat Isyak berjemaah
    • Solat terawih 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
  • 10.30 malam
    • Jamuan moreh
Semua penduduk Taman Ixora dijemput mengimarahkan majlis yang akan diadakan. Penduduk juga digalakkan untuk membawa sedikit makanan mengikut kemampuan untuk dimakan bersama-sama pada majlis berkenaan.