Iklan

Sunday, January 6, 2013

Perjumpaan Ahli SRS KRT Taman Ixora

Semua Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS)
KRT Taman Ixora

Tuan,

PERJUMPAAN AHLI SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa, satu perjumpaan Pengerusi KRT bersama-sama semua ahli SRS KRT Taman Ixora akan diadakan seperti berikut:

Tarikh          :  9 Januari 2013 (Rabu)
Masa            :  9.30 malam
Tempat         :  Surau Balai Islam Taman Ixora

3.            Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan serta mendapatkan pandangan daripada semua ahli berkenaan perjalanan dan halatuju SRS KRT Taman Ixora bagi tahun 2013.

4.            Sehubungan dengan itu, pihak tuan dijemput hadir ke sesi perjumpaan tersebut.

Perhatian dan kehadiran tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

Saya yang menurut perintah,


(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora
BBST Sepang, Selangor
'019-2233706   + kamilz@kamilz.com    Twitter @KRT_Ixora


No comments:

Post a Comment