Iklan

Wednesday, August 28, 2013

Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013. Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan
rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan Malaysia.

Pengadilan bagi pertandingan ini akan bermula dari 1 hingga 16 September 2013. Penilaian bagi Taman Ixora akan dibuat pada 9 September 2013 (Isnin), jam 10.00 pagi. Penduduk Taman Ixora berkelapangan dijemput meraikan panel penilai berkenaan.

Panel Penilai Telah Hadir Pada 9 Sep 2013
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang pertandingan seperti berikut:
- Johan - RM4,000.00
- Naib Johan - RM3,000.00
- Tempat Ketiga - RM2,000.00
- Saguhati X 6 - RM1,000.00



Sehubungan dengan itu Jawatankuasa KRT Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Taman Ixora mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan ini kerana hanya Taman Ixora yang bertanding mewakili daerah Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment