Iklan

Sunday, September 8, 2013

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora  dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013 pada butiran berikut:

Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, August 28, 2013

Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kawasan Rukun Tetangga Negeri Selangor Tahun 2013. Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan
rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan Malaysia.

Pengadilan bagi pertandingan ini akan bermula dari 1 hingga 16 September 2013. Penilaian bagi Taman Ixora akan dibuat pada 9 September 2013 (Isnin), jam 10.00 pagi. Penduduk Taman Ixora berkelapangan dijemput meraikan panel penilai berkenaan.

Panel Penilai Telah Hadir Pada 9 Sep 2013
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang pertandingan seperti berikut:
- Johan - RM4,000.00
- Naib Johan - RM3,000.00
- Tempat Ketiga - RM2,000.00
- Saguhati X 6 - RM1,000.00



Sehubungan dengan itu Jawatankuasa KRT Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Taman Ixora mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan ini kerana hanya Taman Ixora yang bertanding mewakili daerah Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, August 25, 2013

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013

_________________________________________________________________________________

Kepada,
Semua Ahli Jawatankuasa
KRT Taman Ixora


MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA BIL. 2/2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 2/2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa  : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

3. Agenda mesyuarat di antaranya bagi membincangkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ahli SRS & AJK yang dirancang diadakan pada 30 Ogos 2013 dan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor 2013.

4. Sehubungan dengan itu, semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir.

Sekian terima kasih.

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

Saya yang menurut perintah,

(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
b.p. Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora 
BBST Sepang, Selangor

Wednesday, August 21, 2013

URL Baru Blog KRT Taman Ixora

HTTP://KRT.TAMANIXORA.COM

Untuk makluman bermula hari ini, laman blog KRT Taman Ixora boleh dicapai melalui alamat http://krt.tamanixora.com dan alamat e-mel untuk dihubungi adalah krt@tamanixora.com

Walaubagaimanapun alamat http://krttamanixora.blogspot.com masih boleh dicapai seperti biasa.

Saturday, July 20, 2013

Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora

Sempena Bulan Ramadhan 1423h, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora & Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk seperti berikut:

Tarikh : 13 dan 20 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi hingga 3.30 Petang
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Bubur lambuk yang telah masak diedarkan kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, July 6, 2013

Sukaneka Anak-anak Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama  Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan program Sukaneka Anak-anak Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora

Diantara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Pancing botol
- Tiup belon sampai pecah
- Basikal terlambat
- Rebut kerusi
- Isi air dalam botol gunakan span
- Rebut gula-gula
- Tiup gula-gula dalam tepung

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Persatuan Penduduk Taman Ixora & Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada penduduk Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 38 orang penduduk Taman Ixora telah melakukan pemeriksaan.

Sila kilik di sini untuk melihat gambar.

Gotong Royong Ganyang Aedes Taman Ixora


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan program Gotong Royong Ganyang Aedes pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Perumahan Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Senamrobik Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau
Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan program Senamrobik Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 9.30 Pagi
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, April 12, 2013

Pertandingan Badminton Muhibbah Taman Ixora 2013


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) akan menganjurkan Pertandingan Badminton Muhibbah Taman Ixora 2013. Pertandingan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan

Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:
  • Pertandingan diadakan secara beregu.
  • Dua kategori iaitu Dewasa (L) dan Remaja (L)
  • Pasangan regu akan ditentukan berdasarkan undian.
  • Yuran penyertaan adalah RM15 seorang bagi dewasa dan RM5 bagi remaja.
  • Tarikh tutup penyertaan pada Jumaat 19 April 2013.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, hubungi Ketua Biro Sukan & Kebudayaan KRT & PPTI seperti berikut:

Encik Salleh Sufian : 012-361 7705
Encik Faisal Omar: 012-267 8078

Sila klik di sini untuk memuat turun syarat dan borang pertandingan.