Wednesday, October 29, 2014
Tuesday, September 16, 2014
Program Ibadah Qurban 1434 Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1435 pada butiran berikut:
Tarikh : 5hb. Oktober, 2014 (Ahad) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM480.00 sahaja.
Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 5 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.
Monday, August 11, 2014
Penguatkuasaan Pelekat Kenderaan Taman Ixora dan Borang Survey Kawalan Keselamatan Taman Ixora
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora mulai daripada 16 September 2014.
Tujuan utama pelekat berkenaan adalah untuk mengenalpasti setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora bagi tujuan keselamatan. Setiap pelekat berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 bagi sebuah kenderaan.
Dalam masa yang sama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan mengedarkan borang survey kawalan keselamatan kepada semua penduduk Taman Ixora.
Kepada penduduk yang ingin mendapatkan pelekat berkenaan bolehlah mengisi Borang Maklumat Penduduk yang dilampirkan. Borang yang siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada:
1. Mohd Hasiady Bin Yasin, Setiausaha PPTI (019-2828422)
2. Ahmad Kamil Bin Zailani, Setiausaha KRT (019-2233706)
3. Hasrizam Bin Hasim@Hashim , Pen. SU (019-2336442)
4. Semua Ketua Lorong/ AJK PPTI
Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan pelekat kenderaan dan borang survey kawalan keselamatan Taman Ixora.
Monday, January 6, 2014
Gotong Royong Ganyang Aedes Taman Ixora 2014
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora Tahun 2014 pada butiran berikut:
Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora
Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai program gotong royong ini.
Sunday, November 24, 2013
Saturday, November 9, 2013
Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2013
Pengerusi dan Penolong Setiausaha, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghadiri Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jakur Gemilang Tahun 2013 yang telah diadakan pada butiran berikut:Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Taman Pendamar Indah, Klang
Masa : 8.00 Malam
Dirasmikan oleh : Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
KRT Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Negeri Selangor dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00. Tahniah diucapkan.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Sunday, September 22, 2013
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013 pada butiran berikut:
Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Ibu bapa, calon-calon peperiksaan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir
Friday, September 13, 2013
Taman Ixora Juara Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013
Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Ixora yang mewakili Daerah Sepang dan menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang KRT Negeri Selangor Tahun 2013 telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Keputusan ini telah dimaklumkan melalui surat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Selangor bertarikh 11 September 2013 kepada semua JPNIN Daerah yang bertanding. Johan akan menerima hadiah sebanyak RM4,000.
Keputusan penuh adalah seperti berikut.
| KRT | Juri 1 | Juri 2 | Juri 3 | Jumlah | Kedudukan |
|---|---|---|---|---|---|
| Taman Ixora, Sepang | 88 | 89 | 88 | 265 | 1 |
| Kampung Tengah Lembah, Gombak | 84 | 88 | 78 | 250 | 2 |
| Taman Desa Indah, Klang | 72 | 86 | 85 | 243 | 3 |
| Taman amudera, Gombak | 85 | 82 | 70 | 237 | 4 |
| Rawang A, Gombak | 74 | 83 | 59 | 216 | 5 |
| Menara Maju, Klang | 73 | 82 | 60 | 215 | 6 |
| Fasa 4, Taman Sri Gombak | 71 | 68 | 62 | 201 | 7 |
| Kampung Lembah Kinrara, Petaling | 70 | 74 | 49 | 193 | 8 |
| Flat Merpati B, Hulu Langat | 67 | 68 | 55 | 190 | 9 |
| Kiambang Sari, Hulu Selangor | 57 | 61 | 52 | 170 | 10 |
| Sepakat Sahabat Berlian, Gombak | 66 | 65 | 33 | 164 | 11 |
| KRT Fasa 5, Taman Sri Gombak | 58 | 54 | 39 | 151 | 12 |
| Puteri Height Country Home, Gombak | 50 | 51 | 36 | 137 | 13 |
Tuesday, September 10, 2013
Program Ibadah Qurban 1434H Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1434H pada butiran berikut:
Tarikh : 15 Oktober 2013 (Selasa) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM400.00 sahaja.
Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 3 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.
Sunday, September 8, 2013
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena UPSR 2013 pada butiran berikut:Tarikh : 8 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)









