Monday, November 12, 2012
Thursday, November 1, 2012
Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora 2012
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora (KRT) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) akan mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2012 pada butiran berikut:
Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya
Penyertaan dibuka kepada semua penduduk Taman Ixora. Pertandingan akan dijalankan sebanyak tiga (3) permainan (games) dengan 4 orang setiap kumpulan. Setiap peserta dikenakan bayaran RM20.
Untuk penyertaan sila hubungi Setiausaha KRT atau Setiausaha PPTI atau Ketua-ketua lorong.
SU KRT: Kamil (019-2233706)
SU PPTI: Hasiady (019-2828422)
KLIK DISINI Untuk Borang Penyertaan
Monday, September 24, 2012
Ibadah Qurban 1433H Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama
Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan majlis ibadah qurban pada butiran berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2012 (Sabtu) Hari Raya Kedua
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Saturday, September 15, 2012
Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2012
KRT Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:
Tarikh : 15 September 2012/ 28 Syawal 1433H (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
| Pemberian duit raya |
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri
- Pemberian Duit Raya Kepada Anak-anak Taman Ixora
- Bersurai
Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.InsyaAllah majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.
Penerimaan Sijil Kemenangan di Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya JPNIN Selangor
KRT Taman Ixora yang telah memenangi Kempen Kibar Jalur Gemilang tercantik Daerah Sepang 2012 yang lalu telah menerima sijil kemenangan daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor pada Majlis Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya 2012 pada 15 September 2012.
Majlis yang diadakan di KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana itu telah dihadiri oleh Setiausaha KRT Taman Ixora, Encik Ahmad Kamil Zailani. KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana merupakan johan peringkat negeri Selangor.
Gotong-Royong Menyembelih Lembu Bagi Jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora
Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong menyembelih, melapah, menyiang dan memasak seekor lembu bagi jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:
Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Alhamdulillah, berkat semangat kerjasama dan gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk, kerja yang berat telah menjadi ringan. Menu bagi jamuan tengahari adalah sup daging bercampur tulang yang membangkitkan selera penduduk yang telah bekerjasama daripada pagi lagi. InsyaAllah, semangat kerjasama ini akan menjadi amalan penduduk Taman Ixora pada masa akan datang.
Saturday, September 8, 2012
Barbeque Sempena KRT Ixora Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor
Satu program barbeque bagi meraikan kejayaan KRT Taman Ixora sebagai Johan Peringkat Daerah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Negeri Selangor Bagi Tahun 2012 telah diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Program berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang (En. Musa, Puan Siti Hawa dan En. Herzie). Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir ke majlis kami.
Wednesday, September 5, 2012
KRT Ixora Johan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sepang, Ke-4 Negeri Selangor
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sepang yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Negeri Selangor.
Sehubungan itu, KRT Ixora layak bertanding diperingkat Negeri Selangor dengan dicabar 8 KRT lain di seluruh Selangor.
| Antara Penduduk Yang Bergotong-royong |
Penduduk Taman Ixora dari setiap lapisan masyarakat telah bertungkus lumus bergotong-royong untuk menceriakan sekitar taman dengan Jalur Gemilang.
| AJK Bersama Juri |
Isnin 4 September 2012, Juri daripada JPNIN Selangor telah hadir ke Taman Ixora bagi membuat saringan awal sebelum 3 daerah daripada 9 daerah dipilih untuk dinilai oleh Juri Profesional.
Hasil daripada saringan ini, KRT Taman Ixora menduduki tangga ke-4.
Hasil daripada saringan ini, KRT Taman Ixora menduduki tangga ke-4.
Tahniah warga Ixora!!!
Tuesday, September 4, 2012
Majlis Solat Hajat Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 6 September 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Majlis ini diadakan bagi persediaan rohani pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam waktu terdekat ini. Semoga dengan berkat dan doa yang dipohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala akan dipermudahkan oleh Allah bagi pelajar-pelajar ini menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang.
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan khususnya dan penduduk Taman Ixora umumya dijemput untuk mengimarahkan majlis yang akan diadakan.
Pada majlis berkenaan juga satu ceramah motivasi mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan akan diberikan kepada pelajar oleh penceramah jemputan.
Pertandingan Esei, Puisi dan Fotografi Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2012
Dimaklumkan bahawa JPNIN Negeri Selangor sedang menjalankan pertandingan Esei Perpaduan, Puisi dan Fotografi Perpaduan bermula pada 1 Ogos 2012 - 17 September 2012. Penglibatan dari Jiran Muda dan Tunas Jiran KRT adalah diharapkan bagi mengasah bakat mereka disamping menaikkan semangat cintakan perpaduan dan tanah air.
Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 14 September 2012.
Syarat-syarat Penyertaan KLIK DI SINI
Borang Penyertaan KLIK DI SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)




