Iklan

Monday, May 7, 2012

Barbeque dan Majlis Suai Kenal Penduduk Jalan Ixora 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/17


Pada 5 Mei 2012 (Sabtu), jam 9.30 malam, penduduk Jalan Ixora 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/17 (SRS Zon C, KRT Taman Ixora) telah mengadakan barbeque sempena majlis suai kenal di antara penduduk. Penduduk Jalan Ixora 1/16 dan 1/17 baru berpindah masuk mulai awal tahun 2012. Majlis ini adalah merupakan pertemuan pertama kali diantara satu satu sama lain. Masing-masing telah bertukar nombor telefon dan bergotong-royong memasak makanan. Majlis telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang penduduk bersama keluarga.

Pada majlis berkenaan, pihak Polis juga telah dijemput untuk memberikan sedikit taklimat dan pendedahan mengenai isu-isu keselamatan di Taman Ixora. Ini adalah lanjutan daripada berlakunya kejadian pecah rumah di empat buah rumah di Jalan Ixora 1/17 pada awal bulan April yang lalu.

Sedikit taklimat mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora turut diberikan oleh Setiausaha PPTI mengenai pentingnya penduduk menyertai persatuan. Pelbagai aktiviti untuk faedah bersama telah dirancang oleh PPTI untuk manfaat semua penduduk Taman Ixora. Pada malam itu juga seramai tujuh orang penduduk telah menyerahkan borang keahlian.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada penduduk jalan berkenaan yang telah mengambil inisiatif untuk beramah mesra diantara satu sama lain dan bekerjasama menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini di kawasan kejiranan berkenaan. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, April 15, 2012

Gotong Royong Cegah Denggi 2012


Ucapan Perasmian Oleh En. Foo Weng Fui

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Gotong-Royong Kawalan Wabak Denggi seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat Berkumpul : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Dirasmikan Oleh : En. Foo Weng Fui (Ahli Majlis Zon BBST Selatan)

Antara penduduk yang hadir
Program ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang. Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengadakan pameran dan menyampaikan ceramah mengenai kawalan dan pencegahan denggi kepada penduduk Taman Ixora. Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan lori sampah dan beberapa orang pekerja untuk membantu penduduk semasa kerja-kerja gotong-royong dijalankan.

Pameran Kesihatan Oleh
Pejabat Kesihatan Sepang
Program ini diadakan berikutan terdapat dua(2) kes demam denggi yang dilaporkan di kejiranan Taman Ixora dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengisytiharkan Taman Ixora sebagai kawasan wabak denggi.

Walaupun program ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk Taman Ixora, sedikit sebanyak dapat mencegah kes demam denggi daripada menjadi lebih tidak terkawal di Taman Ixora.Penduduk Taman Ixora dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dengan mengambil masa 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan rumah daripada bekas/ sampah yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, February 25, 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433H


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan (Pensyarah MIAT)
Tajuk : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga penghayatan Maulidur Rasul dikalangan penduduk Taman Ixora bertambah kuat.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, February 24, 2012

Pemasangan Papan Tanda KRT Taman Ixora


Pada 23 Februari 2012 (Khamis), papan tanda Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dipasang di laluan masuk ke Taman Ixora. Bajet untuk memasang papan tanda ini menggunakan duit peruntukan KRT telah diluluskan oleh Jawatankuasa KRT Taman Ixora semasa mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2012 bertarikh 12 Februari 2012. Kos untuk membuat papan tanda berkenaan adalah RM650.00. 


Tujuan papan tanda ini dipasang adalah sebagai hebahan kepada penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar akan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Monday, February 13, 2012

Jawatankuasa KRT Taman Ixora Sesi 2012-2013


Pelantikan Ahli Jawatankuasa baru Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ixora bagi sesi 2012-2013 telah diadakan semasa Mesyuarat Induk JK RT Taman Ixora Bil. 1 Tahun 2012 pada 12 Februari 2012.

Berikut adalah senarai jawatankuasa yang telah dilantik.

PENGERUSI
1. YBrs Dr Haji Mohd Noor Bin Haji Said

TIMBALAN PENGERUSI
2. Encik Abd. Rashid Bin Haji Abd Malek

SETIAUSAHA
3. Encik Ahmad Kamil Bin Zailani

PENOLONG SETIAUSAHA
4. Encik Mohd Hasiady Bin Yasin

BENDAHARI
5. Tuan Haji Ismail Bin Muit

AHLI JAWATANKUASA
6. Encik Zainal Abidin Bin Ahmad
7. Encik Mohd Salihin Bin Jelani
8. Encik Zulkefly Bin Sukor
9. Encik Azraf Bin Azman
10. Encik Salleh Bin Sufian
11. Puan Hajjah Noraini Bt Saadun
12. Puan Rohaya Bt Abu Hassan
13. Encik Mohd Jamil Bin Mohd Shah
14. Encik Mohd Zaimi Bin Kasim
15. Encik Ahmad Zaha Bin Mohamad Halit
16. Encik Aizam Nizam Bin Adnan
17. Encik Zulkefli Bin Hj Hashim
18. Encik Hazli Bin Mat Diah
19. Encik Norhisham Bin Wahid
20. Tuan Haji Razali Bin Dali
21. Encik Muhamad Faisal Bin Omar
22. Encik Norhasrizam Bin Hashim@ Hasim
23. Encik Mohd Nazri Bin Mohd Ghazali
24. Encik Mohd Efendy Bin Md Padzil
25. Encik Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid

JURU AUDIT
26. Tuan Haji Amirudean Bin Zid
27. Encik Mohamad Fuad Bin Adam

Tahniah diucapkan. Semoga dapat menjalankan amanah dengan ikhlas.

Saturday, November 19, 2011

Menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang yang telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 November 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna, Kuarters KLIA
Anjuran : KRT Taman Dahlia dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Sepang

Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan. Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh (10) orang pemain. Bayaran penyertaan adalah RM100 bagi setiap pasukan.

Pasukan KRT Taman Ixora telah diwakili oleh:
- Rohaya Bt Abu Hassan
- Roziah Bt Sahni
- Mas Azura

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan KRT
- Naib Johan KRT
- Ketiga

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, October 31, 2011

Taklimat Pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diluluskan tiga (3) Skim Rondaan Sukarela iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Taklimat mengenai pelaksanaan skim berkenaan telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST
Penceramah : En. Musa Bin Othman (Pembantu Pembangunan Masyarakat Daerah Sepang)

Sila klik di sini untuk melihat senarai nama ahli Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Ixora bagi setiap zon. Borang permohonan ahli SRS turut diedarkan semasa taklimat berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, October 30, 2011

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011 pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya

Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada 12 pasukan menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang peserta. Setiap pasukan bermain 2 game. Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh pemain.

Berikut adalah keputusan pertandingan:
Johan (Piala pusingan, medal dan hamper)
- Pasukan 9 (Mohd Hasiady, Nor Hafisah, Mohd Subhi dan Meor Mohamad Nizam) - 999 skor

Naib Johan (medal dan hamper)
- Pasukan 11 (Barkath Ali, Noruhaiza, Noraznol Adly dan Azlin) - 918 skor

Tempat Ketiga (medal dan hamper)
- Pasukan 5 (Zulkefli, Roziah, Nashrul dan Amirrul) - 899 skor

Tempat Keempat (medal dan hamper)
- Pasukan 7 (Muhamad Faisal, Noraziani, Norazam dan Norhisham) - 883 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki (medal)
- Mohd Subhi Bin Sudin (Jln /10) - 309 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Wanita (medal)
- Roziah Bt Sahni (Jln 1/13) - 245 skor

Bayaran penyertaan yang dikenakan adalah RM15 bagi setiap peserta dan diskaun yuran penyertaan diberikan kepada ahli PPTI yang aktif dan membayar yuran keahlian. InsyaAllah pertandingan ini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, October 23, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton Kuarters KLIA


Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Dewasa dan Kategori Remaja. Kategori Dewasa disertai oleh 20 regu dan Kategori Remaja disertai oleh 6 regu.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Dewasa :
- Johan (Nizam/ Sabri) - Piala pusingan, medal dan hamper
- Naib Johan (Khalish/ Syahril) - Medal dan hamper
- Tempat Ketiga (Azri/ Shahrizan) - Medal dan hamper
- Keempat (Sameri/ Salleh) - Medal

Kategori Remaja:
- Johan (Arif/ Lokman) - Hamper
- Naib Johan (Ashraf/ Azwan) - Hamper

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan dikalangan penduduk Taman Ixora akan berterusan pada masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan Urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan pertandingan ini. InsyaAllah pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, October 12, 2011

Notis Kelulusan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Sukacita dimaklumkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diluluskan penubuhan Skim Rondaan Sukarela Zon A, Zon B dan Zon C oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Notis Kelulusan Skim Rondaan Sukarela telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional selaku Ketua Pengarah Rukun Tetangga sejajar dengan peruntukan Peraturan 27B, Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 adalah berkuatkuasa pada 8 September 2011.

Salinan Notis Kelulusan Skim Rondaan adalah seperti di lampiran:
- SRS KRT Taman Ixora Zon A
- SRS KRT Taman Ixora Zon B
SRS KRT Taman Ixora Zon C