Iklan

Friday, July 13, 2012

Akaun Twitter KRT Taman Ixora

Dimaklumkan bahawa, KRT Taman Ixora kini di Twitter @KRT_Ixora.
@KRT_Ixora

Follow kami @KRT_Ixora agar semua maklumat/berita berkaitan KRT dan sekitar Taman Ixora dapat disampaikan dengan segera melalui akaun Twitter anda sama ada melalui SMS, MobileApps, Web Mobile atau komputer anda.

Marilah kita gunakan teknologi ini untuk mengukuhkan dan memesrakan lagi kejiranan Taman Ixora.

http://twitter.com/KRT_Ixora

Nota: Untuk menerima/menghantar tweets KRT_Ixora melalui SMS, anda perlu Follow @KRT_Ixora dan turn on mobile notifications. Pastikan mobile phone anda telah didaftarkan di akaun twitter anda.

Monday, July 9, 2012

Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Daerah Sepang dan Majlis Mesra Bersama IPD Sepang 2012

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang telah mengadakan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Daerah Sepang dan Majlis Mesra Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada ketetapan seperti berikut:
AJK KRT Taman Ixora yang hadir bersama-sama
En. Musa Othman & Puan Siti Hawa Hussin


Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna IPD Sepang

Sebanyak 38 KRT di dalam daerah Sepang dijemput hadir ke majlis berkenaan. KRT Taman Ixora telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan dua(2) orang ahli jawatankuasa. Diantara agenda pada majlis berkenaan adalah seperti berikut:

  • Ceramah Keselamatan oleh PDRM
  • Ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Sepang
  • Penyampaian watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah Sepang bagi tempoh 2012 hingga 2013
  • Majlis mesra bersama IPD Sepang

Majlis bersurai jam 12.30 tengahari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, June 24, 2012

Kursus Pemantapan Dan Pengurusan Rukun Tetangga Peringkat Daerah Sepang Tahun 2012

Jawatankuasa tertinggi KRT Taman Ixora yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah menyertai Kursus Pemantapan Dan Pengurusan Rukun Tetangga Peringkat Daerah Sepang Tahun 2012 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang, Selangor yang telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa: 8:30 pagi - 5:30 petang
Tempat: Auditorium, Makmal Meteorologi Kebangsaan, SIRIM Bhd, BBST

Friday, June 15, 2012

Mesyuarat SRS Zon A - KRT Taman Ixora

SRS Zon A - KRT Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada butiran berikut:


Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora.


Diantara agenda dan perbincangan semasa mesyuarat berkenaan adalah:
  • Pelantikan ketua zon baru - En. Rohaizan (menggantikan En. Kamarual Rasidi)
  • Cadangan barbeque antara ahli SRS Zon A
  • Susun atur jadual rondaan yang baru
  • Merekrut ahli baru
  • Isu-isu untuk dibentangkan dalam mesyuarat J/Kuasa KRT.
Mesyuarat berakhir jam 10.30 malam.

Monday, May 7, 2012

Barbeque dan Majlis Suai Kenal Penduduk Jalan Ixora 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/17


Pada 5 Mei 2012 (Sabtu), jam 9.30 malam, penduduk Jalan Ixora 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/17 (SRS Zon C, KRT Taman Ixora) telah mengadakan barbeque sempena majlis suai kenal di antara penduduk. Penduduk Jalan Ixora 1/16 dan 1/17 baru berpindah masuk mulai awal tahun 2012. Majlis ini adalah merupakan pertemuan pertama kali diantara satu satu sama lain. Masing-masing telah bertukar nombor telefon dan bergotong-royong memasak makanan. Majlis telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang penduduk bersama keluarga.

Pada majlis berkenaan, pihak Polis juga telah dijemput untuk memberikan sedikit taklimat dan pendedahan mengenai isu-isu keselamatan di Taman Ixora. Ini adalah lanjutan daripada berlakunya kejadian pecah rumah di empat buah rumah di Jalan Ixora 1/17 pada awal bulan April yang lalu.

Sedikit taklimat mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora turut diberikan oleh Setiausaha PPTI mengenai pentingnya penduduk menyertai persatuan. Pelbagai aktiviti untuk faedah bersama telah dirancang oleh PPTI untuk manfaat semua penduduk Taman Ixora. Pada malam itu juga seramai tujuh orang penduduk telah menyerahkan borang keahlian.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada penduduk jalan berkenaan yang telah mengambil inisiatif untuk beramah mesra diantara satu sama lain dan bekerjasama menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini di kawasan kejiranan berkenaan. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, April 15, 2012

Gotong Royong Cegah Denggi 2012


Ucapan Perasmian Oleh En. Foo Weng Fui

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Gotong-Royong Kawalan Wabak Denggi seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat Berkumpul : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Dirasmikan Oleh : En. Foo Weng Fui (Ahli Majlis Zon BBST Selatan)

Antara penduduk yang hadir
Program ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang. Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengadakan pameran dan menyampaikan ceramah mengenai kawalan dan pencegahan denggi kepada penduduk Taman Ixora. Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan lori sampah dan beberapa orang pekerja untuk membantu penduduk semasa kerja-kerja gotong-royong dijalankan.

Pameran Kesihatan Oleh
Pejabat Kesihatan Sepang
Program ini diadakan berikutan terdapat dua(2) kes demam denggi yang dilaporkan di kejiranan Taman Ixora dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengisytiharkan Taman Ixora sebagai kawasan wabak denggi.

Walaupun program ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk Taman Ixora, sedikit sebanyak dapat mencegah kes demam denggi daripada menjadi lebih tidak terkawal di Taman Ixora.Penduduk Taman Ixora dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dengan mengambil masa 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan rumah daripada bekas/ sampah yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, February 25, 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433H


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan (Pensyarah MIAT)
Tajuk : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga penghayatan Maulidur Rasul dikalangan penduduk Taman Ixora bertambah kuat.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, February 24, 2012

Pemasangan Papan Tanda KRT Taman Ixora


Pada 23 Februari 2012 (Khamis), papan tanda Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dipasang di laluan masuk ke Taman Ixora. Bajet untuk memasang papan tanda ini menggunakan duit peruntukan KRT telah diluluskan oleh Jawatankuasa KRT Taman Ixora semasa mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2012 bertarikh 12 Februari 2012. Kos untuk membuat papan tanda berkenaan adalah RM650.00. 


Tujuan papan tanda ini dipasang adalah sebagai hebahan kepada penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar akan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Monday, February 13, 2012

Jawatankuasa KRT Taman Ixora Sesi 2012-2013


Pelantikan Ahli Jawatankuasa baru Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ixora bagi sesi 2012-2013 telah diadakan semasa Mesyuarat Induk JK RT Taman Ixora Bil. 1 Tahun 2012 pada 12 Februari 2012.

Berikut adalah senarai jawatankuasa yang telah dilantik.

PENGERUSI
1. YBrs Dr Haji Mohd Noor Bin Haji Said

TIMBALAN PENGERUSI
2. Encik Abd. Rashid Bin Haji Abd Malek

SETIAUSAHA
3. Encik Ahmad Kamil Bin Zailani

PENOLONG SETIAUSAHA
4. Encik Mohd Hasiady Bin Yasin

BENDAHARI
5. Tuan Haji Ismail Bin Muit

AHLI JAWATANKUASA
6. Encik Zainal Abidin Bin Ahmad
7. Encik Mohd Salihin Bin Jelani
8. Encik Zulkefly Bin Sukor
9. Encik Azraf Bin Azman
10. Encik Salleh Bin Sufian
11. Puan Hajjah Noraini Bt Saadun
12. Puan Rohaya Bt Abu Hassan
13. Encik Mohd Jamil Bin Mohd Shah
14. Encik Mohd Zaimi Bin Kasim
15. Encik Ahmad Zaha Bin Mohamad Halit
16. Encik Aizam Nizam Bin Adnan
17. Encik Zulkefli Bin Hj Hashim
18. Encik Hazli Bin Mat Diah
19. Encik Norhisham Bin Wahid
20. Tuan Haji Razali Bin Dali
21. Encik Muhamad Faisal Bin Omar
22. Encik Norhasrizam Bin Hashim@ Hasim
23. Encik Mohd Nazri Bin Mohd Ghazali
24. Encik Mohd Efendy Bin Md Padzil
25. Encik Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid

JURU AUDIT
26. Tuan Haji Amirudean Bin Zid
27. Encik Mohamad Fuad Bin Adam

Tahniah diucapkan. Semoga dapat menjalankan amanah dengan ikhlas.

Saturday, November 19, 2011

Menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring KRT Daerah Sepang yang telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 November 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna, Kuarters KLIA
Anjuran : KRT Taman Dahlia dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Sepang

Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan. Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh (10) orang pemain. Bayaran penyertaan adalah RM100 bagi setiap pasukan.

Pasukan KRT Taman Ixora telah diwakili oleh:
- Rohaya Bt Abu Hassan
- Roziah Bt Sahni
- Mas Azura

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan KRT
- Naib Johan KRT
- Ketiga

Sila klik di sini untuk melihat gambar.