Tuesday, January 29, 2013
Progam Maulidur Rasul Taman Ixora 1434h
KRT Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan menganjurkan pogram sambutan maulidur rasul 1434H pada butiran berikut:
Tarikh : 3 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 10.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tentatif program adalah seperti berikut:
8.00 pagi - Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak (Kategori 4-5 tahun dan 6-7 tahun)
10.00 pagi - Pertandingan azan (Kategori sekolah rendah 7-12 tahun dan sekolah menengah 13-17 tahun)
11.00 pagi - Pertandingan memasak makanan sihat (Terbuka kepada kaum ibu)
5.00 petang - Pertandingan sepak raga bulatan (Kategori remaja 17 tahun kebawah dan dewasa 18 tahun ke atas)
8.00 malam - Forum Perdana Maulidur Rasul (Rasulullah S.A.W. sebagai suami dan bapa mithali)
- Ahli Panel 1 - Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali (Penceramah bebas)
- Ahli Panel 2 - Dr. Fauziah Mohd Noor (Pensyarah UIA)
- Moderator - Ustaz Zulrushdi
Semua penduduk Taman Ixora dijemput mengimarahkan program yang akan dianjurkan.
Sunday, January 6, 2013
Perjumpaan Ahli SRS KRT Taman Ixora
Semua Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS)
KRT Taman Ixora
KRT Taman Ixora
Tuan,
PERJUMPAAN AHLI SKIM RONDAAN
SUKARELA (SRS) KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN IXORA
Dengan
segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa, satu perjumpaan Pengerusi
KRT bersama-sama semua ahli SRS KRT Taman Ixora akan diadakan seperti berikut:
Tarikh :
9 Januari 2013 (Rabu)
Masa :
9.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
3.
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan serta mendapatkan
pandangan daripada semua ahli berkenaan perjalanan dan halatuju SRS KRT Taman
Ixora bagi tahun 2013.
4.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan dijemput hadir ke sesi
perjumpaan tersebut.
Perhatian dan kehadiran tuan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”
Saya yang menurut perintah,
(AHMAD KAMIL BIN ZAILANI )
Setiausaha,
Kawasan
Rukun Tetangga Taman Ixora
BBST
Sepang, Selangor
Thursday, January 3, 2013
Gotong-Royong Cegah Denggi, Senamrobik dan Ceramah COMBI Kejiranan Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan program Gotong- Royong, Senamrobik dan Ceramah COMBI pada butiran berikut:
Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad)
Masa : 7.30 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tentatif aturcara adalah seperti berikut:
- 7.30 Pagi - Senamrobik
- 8.30 Pagi - Gotong- Royong di sekitar kawasan rumah dan surau
- 9.30 Pagi - Jamuan Ringan
- 10.00 Pagi - Ceramah COMBI oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
- 11.00 Pagi - Bersurai
Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.
Monday, November 12, 2012
Thursday, November 1, 2012
Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora 2012
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora (KRT) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) akan mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2012 pada butiran berikut:
Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya
Penyertaan dibuka kepada semua penduduk Taman Ixora. Pertandingan akan dijalankan sebanyak tiga (3) permainan (games) dengan 4 orang setiap kumpulan. Setiap peserta dikenakan bayaran RM20.
Untuk penyertaan sila hubungi Setiausaha KRT atau Setiausaha PPTI atau Ketua-ketua lorong.
SU KRT: Kamil (019-2233706)
SU PPTI: Hasiady (019-2828422)
KLIK DISINI Untuk Borang Penyertaan
Monday, September 24, 2012
Ibadah Qurban 1433H Taman Ixora
Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama
Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan majlis ibadah qurban pada butiran berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2012 (Sabtu) Hari Raya Kedua
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Saturday, September 15, 2012
Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2012
KRT Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:
Tarikh : 15 September 2012/ 28 Syawal 1433H (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Pemberian duit raya |
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri
- Pemberian Duit Raya Kepada Anak-anak Taman Ixora
- Bersurai
Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.InsyaAllah majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.
Penerimaan Sijil Kemenangan di Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya JPNIN Selangor
KRT Taman Ixora yang telah memenangi Kempen Kibar Jalur Gemilang tercantik Daerah Sepang 2012 yang lalu telah menerima sijil kemenangan daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor pada Majlis Sambutan Hari Malaysia & Merdeka Raya 2012 pada 15 September 2012.
Majlis yang diadakan di KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana itu telah dihadiri oleh Setiausaha KRT Taman Ixora, Encik Ahmad Kamil Zailani. KRT Pangsapuri Taman Subang Perdana merupakan johan peringkat negeri Selangor.
Gotong-Royong Menyembelih Lembu Bagi Jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora
Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong menyembelih, melapah, menyiang dan memasak seekor lembu bagi jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:
Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Alhamdulillah, berkat semangat kerjasama dan gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk, kerja yang berat telah menjadi ringan. Menu bagi jamuan tengahari adalah sup daging bercampur tulang yang membangkitkan selera penduduk yang telah bekerjasama daripada pagi lagi. InsyaAllah, semangat kerjasama ini akan menjadi amalan penduduk Taman Ixora pada masa akan datang.
Saturday, September 8, 2012
Barbeque Sempena KRT Ixora Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor
Satu program barbeque bagi meraikan kejayaan KRT Taman Ixora sebagai Johan Peringkat Daerah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Negeri Selangor Bagi Tahun 2012 telah diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora
Program berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang (En. Musa, Puan Siti Hawa dan En. Herzie). Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir ke majlis kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)