Iklan

Saturday, May 29, 2010

Pembukaan Akaun Bank Untuk Urusan Kewangan KRT Taman Ixora

Pada 26 Mei 2010, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah membuka akaun bank untuk urusan kewangan KRT.

Maklumat akaun yang dibuka adalah:-

Nama Bank : Bank Islam (M) Berhad
Cawangan : Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

No. Akaun : 05-058-01-001604-6
Nama Akaun : KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN IXORA

Friday, April 16, 2010

Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa Utama KRT Taman Ixora

Permohonan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri pada 23 Februari 2010. Satu mesyuarat pelantikan Jawatankuasa Utama KRT Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut :-

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 Malam - 10.40 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Hisamudin, BBST

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh 26 orang penduduk Taman Ixora. Dua (2) orang pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang (En. Musa Bin Othman dan Puan Siti Hawa Bt Hussin) turut hadir ke mesyuarat berkenaan.

Ucapan dan penerangan pentadbiran Kawasan Rukun Tetangga telah diberikan oleh En. Musa Bin Othman (Pem. Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Sepang). Diantara penerangan yang telah diberi ialah:-
1. Penerangan tentang fungsi dan tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
2. Fungsi dan tanggungjawab Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa.
3. Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Rukun Tetangga, Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas dan Tunas Jiran.
4. Skim Rondaan Sukarela.
5. Hal-hal lain.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Utama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora yang telah dilantik bagi sesi 2010/2011 :-

Pengerusi : Tuan Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said
Timb. Pengerusi : En. Abdul Rashid Bin Abdul Malek
Setiausaha : En. Mohd Hasiady Bin Yasin
Pen. Setiausaha : En. Zainal Abidin Bin Ahmad
Bendahari : Tuan Hj. Ismail Bin Muit

Ahli Jawatankuasa:
1. En. Mohd Salihin Bin Jelani
2. En. Ahmad Kamil Bin Zailani
3. En. Azraf Bin Azman
4. En. Zulkefly Bin Sukor
5. Tuan Hj. Amirudean Bin Zid
6. En. Salleh Bin Sufian
7. En. Mohd Jamil Bin Mohd Shah
8. En. Mohd Zan Bin Abdul Rahman
9. En. Mohd Fuad Bin Adam
10. En. Ahmad Zaha Bin Mohamad Halit
11. En. Zulkefli Bin Hj. Hashim
12. En. Mohd Yusba Asmadi Bin Mat Rahim
13. En. Aizam Nizam Bin Adnan
14. En. Hazli Bin Mat Diah
15. En. Mohd Zaimi Bin Kasim
16. En. Zainudin Bin Zan
17. En. Norhisham Bin Wahid
18. En. Rizuan Bin Mustaffa
19. Hjh. Noraini Bt Saadun
20. Puan Rohaya Bt Abu Hassan

Pemeriksa Kira-Kira:
1. En. Razali Bin Dali
2. En. Muhamad Faisal Bin Omar

Mesyuarat berakhir jam 10.40 malam.

Wednesday, April 7, 2010

Kelulusan Penetapan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Daerah Sepang, Selangor menjadi Kawasan Rukun Tetangga di bawah Peraturan 5A, Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 bertarikh 23 Februari 2010.

Surat kelulusan diperolehi daripada Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Sepang bertarikh 30 Mac 2010 diterima pada 5 April 2010. Punca kelewatan adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Daerah Sepang.

Sehubungan dengan itu satu perjumpaan dan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Penaja akan diadakan dalam waktu terdekat.

Saturday, February 14, 2009

Taklimat Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora

Satu taklimat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh : 14 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Sultan Hisamudin, BB Salak Tinggi

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Sepang (En. Musa Bin Othman). Seramai 43 orang penduduk telah hadir mendengar taklimat berkenaan. Semua penduduk yang hadir telah bersetuju untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Buat permulaan diperingkat penajaan, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) akan diserapkan sebagai Jawatankuasa Penaja Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora semasa mengemukakan permohonan. Pegawai berkenaan menjelaskan ini adalah untuk memudahkan proses kelulusan. Dalam tempoh sebulan selepas permohonan diluluskan Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat khas untuk membuat pelantikan Jawatankuasa Tetap Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat setiap dua(2) bulan sekali dan dihadiri oleh 1/3 daripada Ahli Jawatankuasa. Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh diwujudkan selepas Kawasan Rukun Tetangga telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pegawai berkenaan memaklumkan proses permohonan akan mengambil masa selama enam(6) bulan untuk diluluskan.

Kawasan Rukun Tetangga akan diberikan geran peruntukan sebanyak RM4,800 setahun untuk urusan pentadbiran dan menjalankan aktiviti. Peruntukan tambahan boleh dimohon dengan mengemukakan kertas kerja aktiviti yang akan dilaksanakan. Diantara jenis aktiviti yang boleh dijalankan adalah melalui Biro Sosial, Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Kesihatan, Agama, Pendidikan dan Keselamatan.

Sesi taklimat berakhir jam 11.00 malam.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.